Buff

UAL Financial Academy Camp 2011

 Pada 28 Mei 2011, UAL Financial Academy Camp (Pelajaran 7-12) telah diadakan di dewan MGSKL pada jam 9.00 pagi. Program ini di bawah anjuran Uni Asia Life Assurance, Money Tree, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kelab Kewangan sekolah. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

 Trainer dan facilitator yang terlibat ialah Cik Chu dan Cik Lai Kwan. Kami telah dibahagikan kepada 7 buah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli. Peserta UAL Financial Academy Camp (Pelajaran 1-7) kekal di kumpulan yang sama, manakala peserta baru dibahagikan kepada setiap kumpulan yang telah ditubuhkan.

 Program yang mengambil masa selama 8 jam 30 minit ini melibatkan cara-cara pengurusan wang yang betul dan bagaimana untuk menambahkan lagi jumlah wang yang sedia ada. Kami telah diberikan sejumlah modal tambahan untuk aktiviti yang akan dijalankan. Setiap kumpulan diberikan 'pekerjaan' yang berbeza iaitu sebagai bank, stock broker dan cikgu. Kumpulan saya telah diberikan pekerjaan sebagai stock broker. Kami diminta untuk menjual 'life card' yang merupakan benda penting untuk program pada hari tersebut. Seterusnya, setiap pekerjaan mempunyai jumlah gaji yang berbeza-beza. Gaji bagi stock broker berjumlah 300$ bagi setiap ahli.

 Seterusnya aktiviti dimulakan dengan pembelajaran melalui slide show oleh Cik Chu. Kami telah didedahkan mengenai pemikiran orang miskin, orang kelas pertengahan dan orang kaya yang berbeza-beza. Kita seharusnya mempunyai fikiran orang kaya iaitu dengan menggunakan sebahagian besar wang untuk memperoleh aset ; apa-apa sahaja yang akan mendatangkan keuntungan, dividen atau faedah. Selain itu, kami telah diberi peluang untuk berjual beli saham. Kami haruslah bijak dalam menentukan tindakan sama ada ingin membeli atau menjual saham tersebut kerana harganya akan berubah mengikut masa bergantung kepada berita yang dipaparkan. Selepas aktiviti berjual beli saham tamat, setiap kumpulan akan mengira jumlah untung atau rugi yang diperoleh. Ada kumpulan yang untung sehingga beribu-ribu ringgit dan ada juga yang rugi. Kumpulan saya telah untung sehingga 17000$ pada akhir aktiviti. Aktiviti berjual beli saham ini dijalankan 4 kali sehingga semua saham habis dijual.

 Disamping itu, kami telah diberikan masa 3 kali waktu rehat iaitu pada waktu sarapan, makan tengahari dan minum petang. Perbelanjaan makanan kami telah ditaja oleh pihak Uni Asia Life Assurance. Saya sangat berpuas hati terhadap makanan yang disediakan  kerana mencukupi untuk setiap peserta disamping enak dan mengenyangkan.

 Pada akhir program, sesi lelongan telah diadakan oleh pihak penganjur. Barang yang telah dilelong ialah 8 keping baucar kentang McDonald yang berjumlah RM5 setiap baucar. Peserta yang menawarkan jumlah yang tertinggi akan berpeluang membeli baucar tersebut. Kami menggunakan wang hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari untuk membeli barang lelongan tersebut. Saya telah membeli 2 keping baucar dengan sejumlah wang sebanyak 18000$. Selepas itu kami telah mengambil gambar kenangan bersama Cik Chu dan program ini tamat tepat jam 5.30 petang.

 Seramai 10 orang peserta terbaik akan dipilih oleh pihak penganjur untuk mengikuti kem mewah yang akan diadakan pada bulan November. Kami pelajar tingkatan 5 berasa sangat sedih kerana tidak berpeluang untuk menyertai kem tersebut kerana pada waktu itu kami sedang menduduki peperiksaan SPM.

 Program ini sangat berguna bagi setiap peserta kerana ia telah mengajar kami cara-cara yang betul dalam pengurusan wang agar dapat mengurangkan kemungkinan muflis di usia muda. Saya berharap program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan di MGSKL. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur program yang sangat bermanfaat ini.

kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

No comments:

segala benda dalam blog ini adalah hak milik the aisyah's