Pada 12 November 2010, kelas 4 Akaun telah membuat jamuan kecil-kecilan kerana ingin menyimpan wang untuk majalah sekolah tahun hadapan. :) Kami telah membawa makanan masing-masing untuk dikongsi bersama rakan sekelas. Antara juadah kami pada hari tersebut ialah mee goreng, pasta, makanan ringan, kuih-muih dan yang paling mendapat perhatian kami ialah salad buah-buahan. Bukan sahaja sedap dan menyegarkan, malah ia baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Kami telah mengambil masa rehat untuk mengadakan jamuan kecil-kecilan ini. Walaupun tidak semua pelajar yang ada di dalam kelas, jamuan ini tetap diadakan dengan jayanya. :D Kami telah menggunakan ruang belakang kelas untuk menghidangkan semua juadah yang telah dibawa. Kami semua sungguh menikmati juadah yang enak-enak belaka itu. Sekelip mata sahaja sudah licin semuanya. Untuk pengetahuan semua, kelas kami memang terkenal dengan sikap suka berkongsi. "Sharing is caring". Sepanjang jamuan, kami telah mengambil banyak gambar untuk memori dewasa nanti.
Kringgggggggg~! Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat. Dengan segeranya kami bergotong-royong mengemas kelas. Selepas selesai mengemas kelas, kami sambung mengambil gambar di setiap sudut kelas. Maklumlah, tahun-tahun akhir sebelum menjadi pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan besar-SPM. Jamuan ini tetap akan kekal di ingatan kami kerana hanya pada tahun 2010 sahaja kami mengadakan jamuan yang sebegitu ringkas. Oleh sebab itu kami tidak dapat menjemput guru-guru di MGSKL menjamu selera bersama. Harap semua cikgu memahami situasi kami. Terima kasih cikgu ^^
kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.
1 comment:
kenangan yang tak akan pernah hilang dari ingatan..
Post a Comment