Buff

Hari Guru 2011

Sambutan hari guru sememangnya tidak asing lagi dalam sektor pendidikan. Seperti sekolah-sekolah lain, sambutan hari guru bagi tahun 2011 di sekolah (p)Methodist kuala lumpur berjalan dengan baik sekali. Meskipun cuaca tidak mengizinkan pada mulanya, aturcara majlis tetap diteruskan. Sambutan dimulakan dengan persembahan para pelajar seperti sajak, tarian, bicara berirama (choral speaking), nyanyian dan juga sketsa.
Antara persembahan yang ingin saya kongsikan ialah persembahan bicara berirama daripada pelajar-pelajar kelas 5akaun. Persembahan yang ditujukan khas kepada para guru mereka disampaikan dengan pendekatan yang relaks dan mencuit hati. Namun begitu, apa yang menarik perhatian saya ialah mesej yang diselitkan dalam bicara berirama itu sendiri. Misalnya, frasa ‘Guru penjana transfomasi pendidikan Negara’ dan juga ‘guruku mendidik tanpa jemu’. Terdapat juga potongan sajak dibawah yang digunakan.
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut,sabarnya mengajar tulis baca.
Hal ini demikian, jelaslah bahawa ilmu yang diajarkan oleh seorang guru itu merupakan tunggak kejayaan seseorang.
Kesempatan ini digunakan pelajar dengan sebaiknya untuk menyatakan sekalung ucapan terima kasih kepada para guru yang dihormati. Ada juga yang mengambil peluang keemasan ini sebagai satu ruang untuk menunjukkan bakat yang terpendam. Tidak kurang hebatnya apabila para guru juga membuat persembahan masing-masing.
Sambutan hari guru ini diakhiri dengan acara sukanneka di antara guru. Permainan yang diaturkan oleh para pelajar tingkatan 6 atas ini berjalan dengan lancar walaupun kesuntukan masa.
Saya percaya aktiviti sebegini dapat merapatkan jurang pemisah diantara para guru dan anak murid. Sebagai seorang pelajar tidak salah untuk bergaul baik dengan guru, asalkan pertuturan dan perbuatan tidak menyinggung perasaan dan menunjukkan rasa hormat terhadap mereka. Keberkatan dalam menuntut ilmu itu terletak pada keberkatan seorang guru. Guru merupakan ibu bapa kedua kepada seorang individu. Oleh itu, tunjukkanlah penghargaan terhadap mereka.

kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

No comments:

segala benda dalam blog ini adalah hak milik the aisyah's