Peluang untuk ke karnival pengajian tinggi atau jom masuk u sememangnya ditunggu oleh saya. Sebaik sahaja ditawarkan oleh Puan Rainah untuk ke karnival tersebut, saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Hanya 10 orang pelajar daripada setiap kelas yang dipilih untuk ke karnival ini.
Pada pagi 2 April 2011, saya dan beberapa orang pelajar lain berkumpul di sekolah. Kami kemudiannya bertolak ke mines international exhibition centre dengan menggunakan bas.
Setibanya kami di mines, kami dibenarkan untuk membuat aktiviti sendiri. Saya dan beberapa orang rakan bergerak secara berkumpulan. Kami menuju ke bidang dan universiti yang menjadi pilihan masing-masing. Kami menanyakan soalan sebanyak yang mungkin berkaitan dengan jurusan yang kami minati.
Peluang ini tidak kami siakan kerana kami memasuki setiap satu tempat disitu. Tambahan pula, kami tidak pulang dengan tangan kosong. Kami diberi buku dan pelbagai lagi sebagai maklumat tambahan.
Sangat merugikan kepada individu yang tidak terpanggil untuk turut serta mengunjungi karnival ini. Karnival ini tidak terhad kepada para siswa dan siswi sahaja, siapa sahaja boleh ke karnival begini kerana terdapat juga beberapa pekerjaan yang ditawarkan disana. Saya sangat berharap agar karnival ini terus dijalankan pada masa akan datang.
kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.




No comments:
Post a Comment