Buff

olympism outreach program

Pada hujung tahun 2010, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program bagi menggalak dan mengekalkan kehadiran para pelajar. Antara program yang menarik perhatian saya ialah olympism outreach program. Program ini berjalan selama tiga hari mulai 1November hingga 3November 2010.
Menerusi program ini kami mengetahui asal usul olimpik dan sebab utama sukan olimpik dijalankan. Kebanyakan para pelajar kurang memberi perhatian terhadap kepentingan bersukan yang dapat membantu membentuk peribadi seseorang individu. Oleh itu, pihak olympism memberi contoh beberapa orang atlet yang kurang upaya dan keinginan mereka untuk berjaya kepada kami. Ini sedikit sebanyak memberi dorongan dan motivasi kepada kami.
Selain itu, aktiviti yang dijalankan sangat menyeronokkan dan mengandungi mesej yang tersendiri. Saya dapati setiap aktiviti yang diadakan amat menekankan semangat bekerjasama, persaingan yang sihat dan keinginan untuk berjaya.
Secara keseluruhannya saya berpendapat program ini banyak memberikan informasi baru pada para pelajar. Pengetahuan baru yang tidak pernah terlintas oleh pelajar untuk mencarinya. Jelas sekali yang pendidikan tidak terhad disekolah sahaja. Pengetahuan umum sebegini sangat diperlukan secara amnya.

kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

No comments:

segala benda dalam blog ini adalah hak milik the aisyah's