Buff

Hari Kemerdekaan

Disini saya ingin berkongsi kegembiraan yang saya peroleh daripada pengalaman melibatkan diri pada hari kemerdekaan yang ke-56. Tidak pernah terlintas difikiran yang saya akan berpeluang untuk menyertainya. Namun begitu, hanya pelajar tingkatan 4, 2010 yang dapat menyertai program ini. Teruja. Itulah yang kami rasakan.
Kami dikehendaki membuat bicara berirama bersama-sama dengan beberapa sekolah lain. Latihan bicara berirama ini berlangsung selama sebulan sebelum 31 ogos 2010. Selama sebulan itu jugalah kami tidak mempunyai apa-apa sesi pembelajaran kerana kami pulang ke sekolah dalam keadaan yang penat.
Tambahan pula, kami diberikan beberapa helai seluar, baju, topi, dan pelbagai lagi barang yang kami perlukan. Ini sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada kami untuk melakukan yang terbaik. Malah, saya berasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama saya disitu. Maklumlah kesemuanya datang daripada sekolah-sekolah di Kuala Lumpur.
Dua minggu terakhir kami membuat latihan di studium. Buat pertama kalinya saya dapat melihat persembahan daripada anggota polis, bomba, para dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar daripada beberapa sekolah di Selangor turut membuat persembahan mereka.
Meskipun latihan diadakan pada bulan puasa, ini sedikit pun tidak mematahkan semangat kami. Kami telah membuat bicara berirama dengan sebaik mungkin pada 31 ogos 2010. Setiap seorang daripada kami merasa berat hati untuk meninggalkannya. Saya berharap saya berpeluang sekali lagi untuk menyertai sambutan kemerdekaan pada masa akan datang.

kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

No comments:

segala benda dalam blog ini adalah hak milik the aisyah's