Pihak uniasia telah menganjurkan satu pertandingan buku skrap berkumpulan yang memberi penekanan pada kepentingan insurans. Pertandingan sebegini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai insurans. Saya masih dapat mengingati dengan jelas bagaimana saya dan rakan-rakan bertunggus lumus mencari maklumat melalui laman sesawang dan buku-buku yang berkaitan.
Kami sangat bertuah kerana sekolah kami merupakan sekolah angkat kepada pihak uni asia. Peluang keemasan yang diberikan oleh pihak uni asia bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Namun begitu tidak semua yang mendapat peluang keemasan ini. Saya sangat bersyukur kerana terpilih untuk menyertai lawatan sambil belajar ke uni asia.
Di uni asia, kami diberi pendedahan yang lebih jelas dan terperinci mengenai insurans. Maklumat yang diberikan pihak uni asia kebanyakannya merupakan maklumat yang tidak kami perolehi melalui mana-mana laman sesawang. Malah, kami mendapat maklumat tambahan mengenai pelbagai pekerjaan dalam bidang insurans dan proses insurans dijalankan. Saya merasa sangat bersyukur kerana diberi kesempatan sebegini.
Saya akui pengalaman di uni asia dan maklumat yang diperoleh untuk buku skrap insurans ini, banyak membantu saya dalam pembelajaran pada hari ini. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak uni asia yang memberikan peluang sebegini kepada kami. Terima kasih sekali lagi.
kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.
No comments:
Post a Comment