Buff

Program Nilam

Program nilam dijalankan pada 29 Mac 2010 di tapak perhimpunan. Majlis dimulakan dengan penerangan objektif program nilam ini daripada Pn Faziyanti. Antara objektifnya adalah untuk memupuk minat pelajar untuk membaca dan dalam masa yang sama, menyemai sikap menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah.
Majlis diteruskan dengan ucapan Pn. Juliana yang kemudiannya menerangkan kempen ‘Donate A Book’ dimana sesiapa sahaja warga MGS boleh mendermakan sebarang buku untuk perpustakaan sekolah.
Seterusnya, Miss Nirmala menerangkan pertandingan NILAM yang memerlukan pelajar membaca sejumlah buku tertentu bagi menerima penganugerahan yang berbeza seprti yang dinyatakan dibawah:
72-143 buku Gangsa
144-215 buku Perak
216-287 buku Emas
288- ke atas Nilam
Akhir sekali, majlis telah dirasmikan oleh Pn. Tan selaku GPK Kurikulum yang turut menyampaikan ucapannya. Pn. Tan telah mendermakan buku yang pertama untuk kempen ‘Donate A Book’ yang diikuti oleh beberapa orang guru yang lain.
Program seperti ini merupakan langkah awal bagi menanam minat membaca dalam kalangan masyarakat sebagaimana yang diharapakan oleh pihak kerajaan.

kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

No comments:

segala benda dalam blog ini adalah hak milik the aisyah's