Salah satu pencapaian sekolah yang amat membanggakan ialah Sekolah (P) Methodist Kuala Lumpur telah menjadi johan dalam Secondary School Energy Efficiency Action Project yang dianjurkan oleh kerjasama ExxonMobil, CETDEM, Suruhanjaya Tenaga dan PTM (Malaysia Energy Centre).
Saya merupakan salah seorang pelajar yang terlibat dalam program ini. Program ini bertujuan untuk mempromosikan kesedaran terhadap pemuliharaan dan kecekapan di kalangan pelajar Sekolah Menengah.
Sekolah telah melancarkan ‘mgs hour’ dimana pelajar dikehendaki tidak menggunakan elektrik pada 8pagi sehingga 9pagi bagi menjayakan program ini. Lebih membanggakan lagi apabila program ini masih berjalan seperti biasa sehingga ke hari ini.
Saya beranggapan program sebegini sememangnya perlu diketengahkan dalam masyarakat. Setiap individu perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi bahawa penggunaan sumber yang tidak terkawal akan mengakibatkan kesan buruk terhadap alam sekitar.
kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.
No comments:
Post a Comment