Tanggal 4 Februari 2010 satu daripada atur cara tahunan terbesar di SMK (P) Methodist Kuala Lumpur iaitu merentas desa dapat berlangsung dengan jayanya. Seperti biasa kehadiran pelajar diambil terlebih dahulu sebelum larian dimulakan.
Jarak larian pada tahun 2010 ialah 4.2km. Larian ini dapat berlangsung dengan baik atas bantuan polis trafik yang mengawal keadaan jalan raya yang digunakan sebagai laluan merentas desa. Turut membantu ialah ahli-ahli unit badan beruniform St. John yang member pertolongan kepada para pelajar yang tidak mampu meneruskan larian dan menyediakan bekalan minuman kepada pelajar.
Setelah selesai larian, pelajar diberi sebotol minuman setiap seorang bagi mengembalikan tenaga yang hilang semasa berlari. Seterusnya ucapara penyampaian hadiah berlangsung. Upacara penyampaian hadiah diberikan kepada setiap individu yang berjaya mendapat nombor sebelum masa yang ditetapkan tamat.
Akhir sekali, keputusan keseluruhan yang berjaya dikumpulkan untuk setiap rumah sukan diumumkan. Ada kegembiraan dan ada juga kesedihan yang dirasakan oleh para pelajar. Namun begitu, kekalahan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk lebih berusaha pada Hari Sukan.
kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.
No comments:
Post a Comment