Buff

Latihan Bicara Berirama sempena Hari Merdeka

 Tarikh yang begitu bersejarah-31 Ogos merupakan tarikh dimana negara kita merdeka dari penjajah dan kuasa asing. Hari Kemerdekaan akan disambut pada setiap tahun dengan gemilang dan penuh dengan semangat patriotik. Pada tahun 2010, tarikh Hari Merdeka jatuh pada bulan puasa.

 Pelajar tingkatan 4 Sains dan 4 Akaun telah diberi peluang untuk menyertai pasukan bicara berirama ataupun choral speaking untuk hari merdeka. Sememangnya ini peluang yang jarang didapati oleh para pelajar. Kami, pelajar 4 Akaun berasa sangat bertuah kerana dapat mewakili wilayah persekutuan Kuala Lumpur untuk persembahan hari merdeka. Namun guru Akaun kami tidak membenarkan kami mengikuti latihan tersebut kerana ada kerja kursus Akaun yang perlu kami siapkan sebelum akhir bulan Ogos. Malahan pengetua MGSKL juga tidak membenarkan kami menyertainya. Perasan kami apabila mengetahui hal tersebut semestinya sedih. (T.T sobs~) Kami tidak dapat menerima keputusan tersebut. Tarikh latihan juga sudah semakin hampir pada waktu itu.

 Kami telah memujuk Pn. Law, guru Akaun supaya membenarkan kami menyertai latihan bicara berirama tersebut. Pn. Law risau akan kerja kursus yang harus kami siapkan memandangkan masa latihan yang akan dijalankan sewaktu dengan masa persekolahan. Pn. Law mahu kami berjanji bahawa akan menyiapkan kerja kursus tersebut dan berjumpa dengannya jika ada sebarang masalah. Kami telah berjanji dengan menulis Surat Akuan di muka surat belakang buku nota akaun kami.(Pn. Law yang suruh) Pn. Law dan Ms. Law berulang alik dan bertungkus-lumus demi membenarkan kami menyertai latihan tersebut. Kami sangat berterima kasih kepada guru-guru yang telah bersusah-payah atas kerenah kami dan membenarkan kami menyertainya. Kami berasa sungguh sedih pada awalnya kerana tidak mendapat kebenaran cikgu, namun pada akhir waktu persekolahan segalanya berubah apabila Pn. Law mengumumkan bahawa kami mendapat kebenaran mengikuti latihan bicara berirama tersebut. Terima kasih cikgu! :') (tangisan kegembiraan)

 Kami telah mengikuti latihan bicara berirama tersebut selama (manalah saya ingat~). Kami tetap menghadiri latihan tersebut walaupun ia pada bulan puasa. Puasa bukan penghalang bagi pelajar muslim untuk mengikuti latihan tersebut. Seramai 1000 orang pelajar dari seluruh Kuala Lumpur mengikuti latihan yang dibimbing oleh beberapa orang guru terpilih. Latihan kami telah dijalankan di beberapa tempat iaitu Padang MBSKL, Stadium Badminton Cheras(kot), Stadium Titiwangsa dan akhir sekali di Stadium Tertutup Bukit Jalil. Latihan ini telah dijalankan selama (....hari) dan (....hari) rehearsal. Banyak kenangan yang kami perolehi sepanjang latihan. Kami juga tidak melupakan pesanan Pn. Law. Apabila pulang dari latihan, kami akan ke perpustakaan untuk membuat kerja kursus tersebut.

 Sehingga hari ini kami masih mengingati skrip bicara berirama tersebut beserta gayanya sekali. Kami juga telah memanfaatkan pengalaman tersebut dengan membuat persembahan bicara berirama sempena Majlis Persaraan Pn. Tan Suah Lee dan Majlis Hari Guru. Sekian ~ :D


kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

No comments:

segala benda dalam blog ini adalah hak milik the aisyah's