Buff

Bisnes Dunia: Aliran saham Asia susut

Krisis hutang Zon Eropah jadi punca 

SAHAM Asia susut semalam susulan kebimbangan krisis hutang Zon Eropah yang muncul semula disebabkan kedudukan Greece yang hampir gagal menyelesaikan pinjamannya, sementara perangkaan ekonomi Amerika Syarikat juga menunjukkan sentimen kurang menyenangkan.

Saham Tokyo menjunam 1.70 peratus, atau 163.04 mata kepada 9,411.28, Hong Kong susut 1.75 peratus atau 390.66 mata kepada 21,953.11, begitu juga saham Sydney yang jatuh 1.91 peratus, atau 88.7 peratus kepada 4,546.7.


Aliran menurun turut dialami saham Shanghai yang susut 1.52 peratus, atau 41.15 mata kepada 2,664.28 ekoran kebimbangan mengenai langkah terbaru diambil selepas perangkaan inflasi dikeluarkan yang turut menjejaskan pasaran. 

Saham Seoul susut 1.91 peratus, atau 39.90 mata kepada 2,046.63. 

Athens kelmarin mengeluarkan amaran bahawa ia tidak mampu membayar bil bulan depan jika tidak memperoleh pinjaman berjumlah 12 bilion euro (AS$17 bilion) daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kesatuan Eropah, sebahagian daripada pelan penyelamat 110 bilion euro yang dipersetujui tahun lalu. 

Bagaimanapun, pemberi hutang telah memberi amaran tidak akan bantuan pada masa akan datang tanpa komitmen kukuh daripada Athens manakala menteri kewangan Zon Eropah gagal mencapai persetujuan bagi pakej kedua yang bertujuan menyelamatkan Greece. 
Malah terdapat juga kebimbangan mengenai masalah hutang Greece yang dijangka terus menular dalam sistem kewangan dan mendorong kepada masalah kredit. 

Krisis yang semakin mendalam itu mendorong kejatuhan saham global, yang mana Dow Jones ditutup 1.48 peratus lebih rendah, indeks FTSE 100 susut 1.04 peratus, DAX jatuh 1.25 peratus dan CAC 40 Paris menjunam 1.49 peratus. 

Bagi pasaran lain, saham Taipei susut dua peratus, atau 177.02 mata kepada 8,654.43. 

Saham pengeluar telefon mudah alih, HTC turun 6.82 peratus kepada Tw$997.0 manakala Taiwan Semiconductor Manufacturing Co adalah 1.95 peratus, pada Tw$75.5. 

Manila ditutup 0.67 peratus, atau 28.3 mata lebih rendah pada 4,173.08. 

Saham Philippine Long Distance Telephone Co. susut 3.75 peratus kepada 2,260 pesos tetapi Aboitiz Power Corp. naik 0.33 peratus kepada 29.85 pesos. Bagaimanapun, Aboitiz Equity Ventures tidak berubah pada 40 pesos. 

Wellington ditutup 0.71 peratus, atau 24.76 mata, lebih rendah pada 3,481.61. 

Saham Fletcher Building susut 1.2 peratus kepada NZ$8.57 dan Freightways kurang 1.5 peratus pada NZ$3.41 manakala gedung pakaian, Pumpkin Patch susut 4.6 peratus kepada NZ$1.04. – AFP 

kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

No comments:

segala benda dalam blog ini adalah hak milik the aisyah's