Bagi menyahut seruan pihak kementerian Pelajaran yang berhasrat untuk mengekang masalah ponteng dalam kalangan pelajar, pihak sekolah telah mengadakan kempen ‘jom ke sekolah’. Kempen Jom ke Sekolah2010 telah dilancarkan pada 11januari di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
Kempen ini bertemakan ‘Hadir ke Sekolah Tangggungjawab Kami’ merupakan agenda sekolah yang dijalankan pada setiap tahun. Salah satu objektif kempen ini adalah untuk memupuk sikap saying pelajar akan sekolah dan memastikan Program Pemantauan Kehadiran Berterusan (PKB 2010) dapat dilaksanakan.
Antara aturcara majlis ialah bacaan ikrar sebagai ‘janji’ pelajar untuk berusaha mencapai kehadiran tertinggi ke sekolah pada tahun 2010 yang diketuai oleh Nuraini dari tingkatan 6 Atas.
Saya berpendapat bahawa kempen ini sewajarnya diteruskan oleh pihak sekolah. Namun begitu, setiap individu haruslah memandang serius mengenai kempensebegini. Ini kerana program seperti ini merangkumi pelajar tingkatan 1 sehingga tingakatan 6. Oleh itu,setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan program seperti ini pada masa akan datang.
kami budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.



No comments:
Post a Comment